fbpx
More

    Peranti-peranti pilihan dan kegemaran TechNave untuk 2020!

    Walaupun dengan pelbagai rintangan yang datang pada tahun ini, industri teknologi masih berjalan rancak dengan pelancaran telefon pintar, komputer dan macam-macam lagi seperti tahun-tahun sebelumnya. Perbezaan yang ketara pada tahun ini hanyalah pada pelancaran produk yang dianjurkan secara atas talian.

    Kami di TechNave juga masih mengekalkan jadual kandungan kami, di mana kami telah menguji dan mengulas pelbagai produk teknologi yang dilancarkan pada tahun ini untuk kemudahan anda. Di samping itu, kami juga telah membeli sendiri pelbagai jenis peranti yang kami gunakan dalam dan luar waktu kerja. Dalam senarai di bawah, kami menyenaraikan gajet-gajet kegemaran oleh setiap pekerja TechNave, mungkin anda akan berminat dengannya atau boleh dijadikan hadiah untuk orang tersayang.

    Untuk penggemar gajet utama

    • Samsung Galaxy Note20 5G – Yumi, penulis TechNave CN

    Sebagai seseorang yang gemar melukis, telefon pilihan saya pada tahun ini adalah Samsung Galaxy Note20! Ini adalah kerana stilus S Pen dan ciri-ciri pelengkap yang bukan sahaja memudahkan saya untuk melukis, malah menandatangan dokumen tanpa sebarang aplikasi pihak ketiga. Dengan AR Camera, saya juga boleh membuat lukisan 3D.

    Boleh dibeli di laman web Samsung Malaysia, Shopee atau Lazada

    Memandangkan saya bukanlah gamer tegar, bateri Galaxy Note20 mampu bertahan lebih daripada sehari untuk penggunaan saya. Selain itu, saya juga gemar menonton oppa saya pada skrin telefon ini dan kualiti pembesar stereonya adalah sangat jelas. Saya mengesyorkan telefon ini buat mereka yang ingin melakukan tugas pekerjaan secara lebih efisien menggunakan telefon pintar. Jangan lupa untuk baca ulasan yang telah saya tulis untuk butiran lanjut tentang telefon ini.

    • Lenovo Yoga Duet 7i – Keegan, penulis TechNave EN

    Dengan berat hanya 1.16 kilogram atau 0.8 kilogram jika papan kekuncinya dicabut, Lenovo Yoga Duet 7i adalah komputer yang sempurna buat mereka yang sering beralih tempat. Skrin sentuhnya menyokong Lenovo E-Color Pen atau Lenovo Digital Pen yang memudahkan anda untuk melukis tanpa perlu mendapatkan tablet yang berasingan.

    Boleh dibeli di laman web Lenovo Malaysia

    Walaupun bateri komputer ini mampu tahan sehingga 10 jam, perlu diingati bahawa ia bukanlah ditujukan kepada gamers. Selain itu, ia juga tidak menyediakan ruang untuk meletakkan stilus. Walaupun dengan isu remeh ini, saya amat selesa dengan Yoga Duet 7i.

    • Canon EOS M50 – Hakim, pengacara dan penyunting video TechNave BM

    Secara ringkas, ini adalah kamera yang sempurna buat mereka yang ingin mula merekod video. Kegunaannya amat sesuai untuk vlogging dan mutu rakamannya pula adalah sangat bagus untuk YouTube. Antara fungsi yang menarik adalah skrin yang boleh diputar ke depan dan autofokus dwi piksel pantas, namun untuk lensa EFM, anda masih memerlukan penyesuai (adapter). Lensa 15-45mm yang disertakan bersama kamera ini juga adalah bagus, membuatkannya kamera yang sangat bernilai untuk vlogger pemula.

    Untuk pendengar lagu

    • Sony WF-XB700 – CK, penulis TechNave CN

    Sudah lama saya ingin mengenakan sepasang fon telinga wayarles Sony kerana kebanyakan jenama lain dijual pada harga yang sangat mahal. Ini adalah fon telinga true wireless earphones saya yang pertama, dibeli pada harga RM359 sahaja dalam jualan promosi Harvey Norman beberapa bulan lalu.

    Pada hemat saya, Sony WF-XB700 memberikan nilai yang sangat tinggi untuk harganya. Walaupun ia tidak mempunyai pembatalan hingar aktif, ia mampu menghalang bunyi bising daripada luar sewaktu saya memainkan lagu. Saya selalu memakainya sewaktu bersenam kerana ia erat dalam telinga saya dan tidak pernah jatuh.

    Boleh dibeli di Shopee

    Saya juga kerap memakainya sewaktu menonton Netflix dan YouTube. Baterinya pula tahan lebih daripada 10 jam, jadi saya biasanya hanya mengecasnya sekali seminggu. Baca ulasan penuh fon telinga ini untuk butiran lanjut tentangnya.

    • Pembesar suara Bluetooth Ruark Audio MR1 – Abel, pengurus penyunting TechNave EN

    Saya sebenarnya tidak pernah dengar akan jenama Ruark Audio sebelum ia datang ke Malaysia pada bulan Julai lalu. Sebaik sahaja saya mencuba pembesar suara ini, pengalaman muzik saya telah menjadi jauh lebih baik. Walaupun dengan pengalaman luas sepanjang lima tahun lepas dalam mengulas produk-produk audio, pembesar suara Ruark Audio ini memang lain daripada lain.

    Boleh dibeli dari Shopee atau Lazada

    Prestasi audionya membuatkan saya seolah-olah berada bersebelahan dengan penyanyi dan semua alat muzik dimainkan secara langsung. Lagu-lagu akustik, orkestra serta pelbagai genre muzik boleh dimainkan dengan amat jelas dan seimbang. Sebaik sahaja saya mengulasnya, saya membelinya sendiri untuk disimpan dalam rumah.

    Untuk mereka yang perlukan aksesori

    • Logitech MX Master 3 – Matthew, penulis senior TechNave EN

    Saya cadangkan tetikus ini untuk mereka yang perlu bekerja dari rumah. Saya memilihnya kerana ia boleh dihubungkan ke tiga peranti serentak, serta kehadiran roda scroller di bahagian sisi dan roda scroller utama Logitech yang sangat lancar. Terdapat juga sebuah butang yang boleh ditekan dengan ibu jari, namun ia agak sukar untuk ditekan dengan selesa.

    Boleh dibeli dari Lazada
    • Xiaomi Mi Band 5 – Sarah, penyunting TechNave BM
    Boleh dibeli dari Shopee atau Lazada.

    Xiaomi pastinya adalah salah satu jenama yang sinonim dengan gelang tangan pintar, dan Mi Band 5 adalah salah satu gelang yang paling bernilai. Harganya berpatutan dan talinya boleh ditukar dengan mudah termasuklah tali daripada pihak ketiga untuk pilihan corak yang lebih banyak. Secara keseluruhan, inilah gelang tangan yang paling sesuai untuk semua orang malah saya telah pun membelinya untuk ibu bapa saya.

    • HyperX Quadcast – Azzam, penulis TechNave BM

    Saya membeli mikrofon gaming ini untuk bercakap dengan lebih jelas kepada kawan-kawan saya dalam game VRChat. Audio yang direkod daripada mikrofon ini jauh lebih jelas daripada kebanyakan fon kepala gaming, jadi ia amat sesuai digunakan untuk streaming, podcast, video YouTube atau pemuzik amatur.

    Boleh dibeli dari Shopee atau Lazada

    Struktur mikrofon ini dibuat daripada besi, membuatkannya utuh dan nampak eksklusif. Selain itu, ia juga mempunyai rekaan yang menarik untuk ditayangkan dalam siaran stream anda.

    • Ring Fit Adventure – Ken Jim, penyunting TechNave CN

    Memandangkan saya banyak bersenam di dalam rumah sahaja pada tahun ini, Ring Fit Adventure adalah sempurna untuk senaman-senaman dalam rumah. Percayalah saya apabila saya katakan roda yang nampak ringkas ini sebenarnya boleh membuatkan anda bermandi peluh.

    Boleh dibeli dari Shopee

    Walaupun senamannya tidak akan menguatkan otot anda, saya rasa ia boleh membina stamina jika anda memainkan game yang disertakan bersama alat ini. Senamannya disepadukan dengan unsur game RPG, membuatkannya seronok untuk dilakukan. Malah game-game dalamnya tidak sukar dan boleh dilakukan oleh sesiapa pun.

    Inilah dia senarai peranti pilihan kami sepanjang tahun ini yang terdiri daripada pelbagai kategori untuk memudahkan pilihan anda sewaktu membeli-belah. Namun ini bukanlah satu-satunya produk kegemaran kami, terdapat pelbagai lagi peranti yang mendapat pujian kami dalam ruang Ulasan, jadi jangan lupa untuk baca ulasan-ulasan kami.

    Kongsikan dengan kami di Facebook apakah peranti kegemaran anda pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang tahun ini, dan selamat tahun baru!

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X