More

    realme lanjut kemas kini perisian Android dan keselamatan untuk siri realme 15 dan 14

    realme mengumumkan lanjutan polisi kemas kini perisian untuk beberapa model terpilih dalam siri realme 15 dan realme 14 dengan menambah satu tahun lagi sokongan berbanding janji awal. Model yang terlibat ialah realme 15 dan realme 15 Pro daripada siri 15 serta realme 14T, realme 14 Pro dan realme 14 Pro+ daripada siri 14.

    Semua model ini kini akan menerima tiga kemas kini Android OS dan empat tahun kemas kini keselamatan menyamai sokongan yang diberikan kepada siri realme GT. Sebelum ini, realme hanya menjanjikan dua kemas kini Android OS dan tiga tahun kemas kini keselamatan.

    Kesemua model berkenaan dilancarkan dengan Android 15 dan dijamin menerima kemas kini sehingga Android 18 dengan kemas kini keselamatan berterusan sehingga tahun 2028. Polisi baharu ini tidak meliputi realme 14x. Menariknya, polisi baharu juga akan terpakai pada semua model masa hadapan dalam siri Number Pro, Number dan Number T.

    Butiran untuk siri P akan diumumkan kemudian, namun realme menjangka model seperti realme P3, P3 Pro, P3 Ultra dan siri P4 akan mendapat sokongan kemas kini yang sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured