More

    Red Magic 9 Pro akan dilancar untuk pasaran global pada 18 Disember 2023

    Selepas melancarkan siri telefon pintar gaming Red Magic 9 pada minggu lalu di China, kini ZTE dan nubia mengumumkan bahawa siri Red Magic 9 Pro akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pula pada hari Sabtu, 18 Disember 2023 jam 7:00 pagi EST (8:00 malam waktu Malaysia).

    Perkara tersebut diumumkan melalui akaun X rasmi Red Magic, namun setakat ini mereka masih belum memperincikan negara manakah yang akan menerima telefon tersebut. Lebih menarik lagi, poster dalam ciapan tersebut hanya menunjukkan telefon Red Magic 9 Pro, tiada Red Magic 9+.

    Jika anda tidak tahu mengenai telefon ini, ia merupakan antara telefon terawal yang dilengkapi cipset tercanggih oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Spesifikasi lain termasuklah skrin AMOLED 6.8 inci 120Hz, pengecasan pantas 165W dan sistem penyejukan ICE 13. Anda boleh baca artikel pelancarannya untuk maklumat lanjut.

    Jika anda tidak berminat untuk menunggu Red Magic 9 Pro, telefon sebelumnya iaitu Red Magic 8S Pro boleh dibeli dalam pasaran Malaysia sekarang pada harga bermula RM3,599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured