More

    Redmi akan lancarkan dua lagi model untuk siri telefon Redmi Note 9

    Siri telefon pintar Redmi Note 9 yang telah dilancar pada pertengahan tahun ini merupakan antara telefon yang terlaris untuk Redmi pada tahun ini. Kini, jenama itu merancang untuk melancarkan dua lagi telefon untuk siri itu sebelum 2020 berakhir, iaitu Redmi Note 9 Standard Edition dan Redmi Note 9 High Edition. Berdasarkan kiriman presiden Xiaomi Group Lu Weibing di Weibo, kedua-dua telefon itu akan mula dijual pada 11 November.

    Berdasarkan maklumat bukan rasmi, Redmi Note 9 Standard Edition mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800U dan skrin LCD Full HD+ berukuran 6.53 inci dengan lubang punch-hole di bahagian atas kiri skrin dan nisbah aspek 20:9. Selain itu, ia juga mempunyai tiga kamera 48MP di belakang, kamera swafoto 13MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 22.5W.

    Redmi Note 9 High Edition pula mungkin menampilkan skrin yang lebih pantas, dengan skrin LCD FUll HD+ berukuran 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 240Hz. Turut mendampingi skrin tersebut adalah cipset Qualcomm Snapdragon 750G, bateri 4,820mAh, pengecasan pantas 33W, kamera swafoto 16MP dan empat kamera di belakang dengan sensor Samsung HM2 108MP yang pertama di dunia.

    Sebelum ini, telefon yang menyerupai kedua-dua spesifikasi di atas telah dikesan di TENAA. Jika anda merancang untuk membeli mana-mana telefon dalam siri ini, jangan lupa baca ulasan kami untuk Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9S serta tonton video di bawah untuk lihat perbezaan utama di antara kedua-dua telefon ini:

    Adakah anda berminat dengan dua lagi model untuk siri Redmi Note 9? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured