More

    Rekaan dan spesifikasi penuh ASUS ROG Phone 8 tertiris, kurangkan penampilan “gamer”

    ASUS dikhabarkan akan melancarkan siri telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 8 pada 8 Januari 2024 bersama pelbagai komputer dan kelengkapan gaming lain. Kini rekaan dan spesifikasi penuh untuk siri telefon tersebut telah tertiris, menunjukkan penampilannya yang kini nampak lebih serupa dengan telefon biasa.

    Siri ROG Phone 8 akan terdiri daripada dua varian utama iaitu ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro. Satu perbezaan utama pada siri ROG Phone 8 ini adalah ia tidak lagi mempunyai hiasan bersifat gamer seperti lampu RGB, skrin kecil di belakang atau corak garisan yang berselirat sekeliling telefon seperti yang terdapat pada siri ROG Phone 7 sebelum ini.

    ROG Phone 8 akan mempunyai corak dua tona warna dengan satu garisan melintang, serta logo RGB di bahagian bawah. Bonggol kameranya pula lebih besar berbanding ROG Phone 7, jadi ia mungkin menawarkan prestasi fotografi yang lebih canggih.

    Rekaan belakang ROG Phone 8
    Rekaan belakang dan hadapan ROG Phone 8

    Daripada segi spesifikasi dalaman, kedua-dua varian mempunyai banyak persamaan seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, memori RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, skrin AMOLED 6.78 inci Full HD+ dan bateri 5,500mAh.

    Kamera ROG Phone 8 Pro pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890, kamera ultra-lebar 13MP, kamera zum 3x 32MP dan kamera swafoto 32MP. Spesifikasi kamera untuk ROG Phone 8 standard masih tidak diketahui.

    Kedua-dua telefon akan dilengkapi sistem pembesar suara lima magnet (5-magnet speaker system) dengan bicu audio 3.5mm serta pengiktirafan Hi-Res Audio dan Dirac Virtuo For Headphones.

    Buat masa ini, perbezaan antara ROG Phone 8 standard dengan ROG Phone 8 Pro yang diketahui adalah pada kadar segar semula skrin, di mana varian Pro akan dilengkapi panel LTPO yang membenarkan kadar skrin untuk berubah antara 1~120Hz.

    Kapasiti RAM juga berbeza, di mana varian Pro ditawarkan dalam RAM 16GB atau 24GB, manakala varian standard pula pada RAM 12GB sahaja. Untuk storan, varian Pro ditawarkan dalam pilihan 512GB atau 1TB, manakala varian standard pada 256GB sahaja.

    "
    "

    Adakah anda berminat dengan telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Windows Report

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured