More

    Samsung tambah ciri Circle to Search pada barisan Galaxy A dan Tab S9 FE

    Circle to Search (Bulat untuk Cari) merupakan ciri yang membolehkan pengguna mencari kandungan pada skrin dengan pantas melalui satu gerak isyarat bulatan. Kini, ciri tersebut telah ditawarkan kepada beberapa telefon Samsung baharu termasuk siri Galaxy A segmen pertengahan dan barisan Galaxy Tab S9 FE.

    Pelancaran Circle to Search bermula bulan ini untuk telefon pintar Galaxy A55, A54, A35 dan A34 di samping Galaxy Tab S9 FE serta Tab S9 FE+. Peluasan ini menjadikan Circle to Search boleh diakses oleh khalayak yang lebih ramai dan melangkaui segmen telefon pintar. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ciri ini kekal eksklusif untuk peranti Samsung dan Google buat masa ini.

    Berikut ialah pecahan peranti yang disokong pada masa ini:

    • Samsung Galaxy: Siri S24, S23, S22, S21 | Z Fold 5, 4, 3 | Z Flip 5, 4, 3 | Siri Tab S9
    • Google Pixel: Siri 8, 7, 6 | 6A, 7A | Pixel Fold | Pixel Tablet

    Pengguna boleh mengaktifkan Circle to Search dengan hanya perlu tekan lama pada butang Home, bulatkan objek kemudian Google akan mencari maklumat mengenainya. Pengguna boleh memperhalusi lagi carian dengan menambah teks dalam bar carian.

    Walau bagaimanapun, kami berharap Circle to Search akan tersedia pada telefon pintar daripada semua jenama pada masa hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured