More

    Siri Redmi Note 10 mungkin dilengkapi skrin AMOLED atau LCD 120Hz

    Terkini, Redmi dilihat menyediakan undian mengenai spesifikasi skrin yang lebih disukai ramai sama ada skrin LPCD dengan kadar segar semula 120Hz atau skrin AMOLED. Melihat kepada status undian terkini, kebanyakan pengguna memilih spesifikasi skrin AMOLED untuk siri Redmi Note 10.

    Sepintas lalu, siri Redmi Note 10 dijangka mungkin hadir dengan kamera 108MP, Snapdragon 732G dan beberapa spesifikasi jangkaan yang lain. Undian mengenai spesifikasi skrin siri Redmi Note 10 ini disiarkan melalui laman Twitter India.

    Kebanyakan pengguna di laman Twitter mengundi pilihan skrin AMOLED berbanding skrin LCD 120Hz. Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai adakah skrin jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz atau skrin jenis AMOLED dengan kadar segar semula standard 60Hz lebih baik untuk telefon pintar anda.

    Di sisi yang lain, Redmi 10X 5G yang dijangka akan dijenamakan semula sebagai salah satu model dalam siri Redmi Note 10. Redmi 10X 5G memiliki skrin AMOLED 6.57 inci, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga memiliki 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP sensor kedalaman, kamera swafoto 16MP, bateri 4250mAh dan cas pantas 22.5W.

    Apakah pendapat anda? Adakah anda memilih spesifikasi skrin LCD 120Hz atau AMOLED? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured