More

    Siri vivo X70 akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada 30 September, spesifikasi berbeza

    Selepas ia dilancarkan di China pada minggu lepas, siri telefon pintar andalan vivo X70 akan dilancar di India pada hari Khamis, 30 September 2021 jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia). vivo telah meletakkan sebuah pemasa (timer) di laman webnya yang akan berakhir pada waktu tersebut.

    Sewaktu pengenalannya di China, siri telefon itu terdiri daripada vivo X70, vivo X70 Pro dan vivo X70 Pro+. Walau bagaimanapun, laman web vivo India hanya menyenaraikan vivo X70 Pro dan vivo X70 Pro+, menunjukkan bahawa varian asas vivo X70 mungkin tidak akan dilancar untuk pasaran India dan antarabangsa.

    vivo X70 Pro versi antarabangsa akan dilengkapi cipset Dimensity 1200 dan bukannya Exynos 1080 seperti yang terdapat dalam varian China. Ini bermaksud versi antarabangsa tidak akan dilengkapi cip Custom V1 untuk fotografi.

    Selain itu, ia juga akan dilengkapi perisian FunTouch OS, berlainan dengan OriginOS yang setakat ini hanya dihadkan untuk pasaran China. Ia akan turut dilancar untuk pasaran Thailand, Indonesia, Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan beberapa negara terpilih.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X70 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured