More

    Spesifikasi Nothing Phone (2a) Plus tertiris, akan dilancar pada 31 Julai 2024

    Nothing bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan yang seterusnya, Nothing Phone (2a) Plus, pada 31 Julai 2024 dan mereka sudah pun mengesahkan beberapa maklumat mengenainya seperti cipset dan kapasiti RAM. Kini terdapat maklumat tambahan yang tertiris berkenaan spesifikasi lanjut tentang telefon tersebut.

    Menurut sumber, skrin Phone (2a) Plus bakal mempunyai saiz dan panel skrin yang sama dengan Nothing Phone (2a) asal yang dilancar pada bulan Mac lalu. Ini bermaksud ia akan dilengkapi skrin OLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, kecerahan puncak 1,300 nits, kadar segar semula 120Hz dan dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass 5.

    Selain itu, kamera Phone (2a) Plus juga dikekalkan daripada Phone (2a), iaitu kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan kamera ultra-lebar 50MP. Kamera swafoto Phone (2a) Plus pula ditambah baik kepada kamera swafoto 50MP, lebih tinggi daripada kamera swafoto 32MP dalam Phone (2a).

    Kapasiti bateri juga sama pada tahap 5,000mAh, namun Phone (2a) Plus mempunyai kadar pengecasan yang lebih pantas iaitu 50W, bukannya 45W seperti dalam Phone (2a).

    Jika maklumat ini benar, Phone (2a) Plus bakal membawa pembaharuan kecil dalam segi cipset, kadar pengecasan pantas serta sensor kamera swafoto berbanding Phone (2a) asal. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai rekaan luarannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Smartprix

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured