More

    Sumber dedah bateri iPhone 12 mini 2,227mAh, iPhone 12 pula 2,815mAh

    Seperti yang kita sudah jangkakan, iPhone 12 mini mungkin memiliki kapasiti bateri paling kurang memandangkan ia adalah peranti terkecil dalam siri iPhone 12. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan kapasiti bateri iPhone 12 mini dan iPhone 12.

    Dokumen pengawalseliaan ini datang dari ANATEL, Agensi Telekomunikasi Kebangsaan Brazil. Dokumen ini mendedahkan kapasiti bateri iPhone 12 mini 2,227mAh, manakala kapasiti bateri iPhone 12 2,815mAh.

    Sebenarnya, terdapat sumber lain yang mendedahkan bateri iPhone 12 Pro Max adalah 3,687mAh dan bateri iPhone 12 Pro pula adalah 2,775mAh. Apa pun, kesemua maklumat ini masih berada pada tahap tidak rasmi dan belum tentu kesahihannya.

    Berdasarkan maklumat di atas, Apple sepertinya menggunakan kapasiti bateri yang lebih kecil dari siri iPhone 11 yang lepas. iPhone 11 Pro memiliki kapasiti bateri 3,046mAh manakala kapasiti bateri iPhone 11 Pro Max adalah 3,969mAh. Namun, ketahanan bateri siri iPhone 12 dikatakan lebih baik disebabkan oleh cip A14 Bionic dan pengoptimuman sistemnya.

    Warna iPhone 12, iPhone 12 mini
    Warna iPhone 12 Pro, Pro Max

    Menurut Apple, iPhone 12 mini dikatakan mampu bertahan sehingga 15 jam untuk tayangan video, 10 jam tayangan penstriman video dan 50 jam dalam memainkan audio. iPhone 12 dan 12 Pro pula menawarkan 17 jam tayangan video, 11 jam penstriman video dan 65 jam memainkan audio. Akhir sekali, iPhone 12 Pro Max pula mampu bertahan sehingga 20 jam tayangan video, 12 jam penstriman video dan 80 jam memainkan audio.

    Apakah pandangan anda jika maklumat kapasiti bateri ini benar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Anda juga boleh baca artikel di bawah atau artikel lepas mengenai iPhone 12 disini.

    Sumber: Technoblog melalui macrumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...