More

    Xiaomi 14 muncul pada Pensijilan 3C, miliki pengecasan 90W

    Pada Disember 2022, Xiaomi telah memperkenalkan siri perdana Xiaomi 13 termasuk Xiaomi 13 dan 13 Pro. Syarikat itu juga mendedahkan beberapa model lain kemudian seperti Xiaomi 13 Ultra, Xiaomi 13 Lite dan akan datang siri 13T.

    Walau bagaimanapun, Xiaomi kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model generasi akan datang kerana model baharu daripada Xiaomi iaitu “23127PN0CC” telah disenaraikan pada Pensijilan 3C yang telah mendedahkan spesifikasi pengecasan peranti.

    Mengikut sumber, model ini adalah versi standard siri Xiaomi 14 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember akan datang. Seperti yang dinyatakan dalam pensijilan, peranti ini akan menggunakan pengecas Xiaomi 90W GaN (MDY-14-EC) yang menyokong pengecasan pada mod 15W (5V/3A), 10.8-15W (3.6-5V/3A) dan 30.5 -90W (5-20V/6.1-4.5A).

    Maklumat mengenai siri Xiaomi 14 adalah agak terhad tetapi ia disahkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 serba baharu yang akan diumum pada bulan November. Cipset ini akan menggunakan seni bina teras 1+5+2 serba baharu di mana Ultra-Core ialah Cortex-X4, P-Core ialah Cortex-A720 dan E-Core ialah Cortex-A520 serta menggunakan GPU Adreno 750.

    Sebagai tambahan kepada pengecasan 90W, Xiaomi 14 akan dilengkapi dengan bateri 4,860mAh seperti yang dilaporkan. Model Pro akan menampilkan bateri 5,000mAh yang lebih besar sedikit dengan pengecasan berwayar 120W dan wayarles 50W. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MyFixGuide

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured