More

    Xiaomi lancarkan siri produk bank kuasa dengan pengecasan sehingga 165W bermula RM109

    Selain daripada pelancaran siri Redmi Note 14, Redmi Buds 6, Redmi Buds 6 Pro dan Redmi Watch 5, Xiaomi turut umumkan satu siri produk bank kuasa untuk pasaran Malaysia.

    Antara pelancaran utama bank kuasa ialah Xiaomi 33W Power Bank 10000 (RM119, harga awal RM99), pilihan ringan dan padat dengan kapasiti 10,000mAh. Power bank ini mampu mengecas telefon pintar Xiaomi hingga 45% dalam 30 minit.

    Xiaomi 165W Power Bank 10000 (RM209, harga awal RM169) pula menawarkan pengecasan pantas ultra hingga 165W, sesuai untuk telefon pintar, tablet dan laptop. Dengan berat hanya 318 gram, ia dilengkapi kabel USB-C terbina dalam dan skrin pintar untuk menunjukkan tahap kuasa.

    Xiaomi 33W Power Bank 10000
    Xiaomi 165W Power Bank 10000

    Bagi peminat pengecasan tanpa wayar, Xiaomi Magnetic Power Bank 5000 (RM109, harga awal RM99) memberikan pengecasan segera dengan kuasa magnetik yang tepat dan kapasiti 5000mAh. Ia juga menyokong pengecasan berkabel dan tanpa wayar.

    Selain itu, Xiaomi Ultra Slim Power Bank 5000mAh (RM109, harga awal RM99) hadir dengan reka bentuk nipis dan bergaya. Dengan berat hanya 93g dan ketebalan 10mm, ia mudah dibawa dan sesuai untuk kegunaan harian.

    Produk-produk ini kini boleh didapati di kedai Xiaomi serta platform dalam talian seperti mi.com, Shopee dan Lazada. Promosi harga awal berlangsung dari 11 hingga 24 Januari, selagi stok masih ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu produk daripada Xioami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...