More

    Xiaomi Mix Flip mungkin akan dilancar dalam masa terdekat sebagai telefon “flip” pertama Xiaomi

    Xiaomi dijangka akan melancarkan sebuah telefon pintar lipat dengan gaya lipat flip iaitu Xiaomi Mix Flip. Ini bermaksud ia bakal mempunyai engsel yang mendatar untuk lipatan cengkerang (clamshell) seperti Samsung Galaxy Z Flip5 dan OPPO Find N3 Flip.

    Sebelum ini, maklumat tentangnya telah pun tertiris dalam pangkalan data International Mobile Equipment Identity (IMEI) dan kini ia tertiris dalam laman web pengiktirafan kerajaan China pula. Menurut pengiktirafan Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China (MIIT), Xiaomi Mix Flip mempunyai nombor model 2311BPN23C. Spesifikasi telefon itu masih belum disenaraikan, namun ia akan menyokong komunikasi melalui satelit seperti dalam siri iPhone 15.

    Maklumat mengenai Xiaomi Mix Flip dalam MIIT
    Rekaan Xiaomi Mix Flip yang tertiris

    Buat masa ini, spesifikasi yang dikhabarkan untuk Xiaomi Mix Flip termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, skrin utama 8.03 inci yang boleh dilipat dan skrin luaran 6.56 inci. Kedua-dua skrin mempunyai panel AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

    Kameranya pula terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 10MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 20MP. Baterinya pula berkapasiti 4,800mAh dan menyokong pengecasan pantas 50W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat flip oleh Xiaomi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MySmartPrice

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured