More

    5 telefon “gaming” terbaik untuk 2022

    Hari ini telefon pintar menjadi peranti gaming yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat telefon pintar. Hal ini adalah kerana perkakasan yang ditawarkan dalam telefon gaming memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menggunakan telefon tersebut secara optimum.

    Dalam konteks ini, optimum bermaksud proses ketika bermain game dengan kadar bingkai yang tinggi. Telefon gaming terbaik memberikan prestasi maksimum, paparan, audio yang hebat dan selalunya menggabungkan reka bentuk butang pencetus (trigger) tambahan atau ciri khusus untuk gaming.

    ASUS ROG mendahului telefon gaming yang lain tetapi anda perlu mengorbankan sedikit wang kerana harganya yang premium. Pencabar terdekat ASUS ROG tidak lain tidak bukan ialah barisan Black Shark Xiaomi dan siri ZTE nubia Red Magic. Selain itu, terdapat juga jenama lain yang menjadi pencabar kepada jenama-jenama di atas ini. Mari kita lihat lima telefon gaming terbaik untuk 2022.

    ASUS ROG Phone 6 Pro

    Tidak dinafikan bahawa komputer riba ASUS ROG adalah antara yang terbaik di dalam pasaran untuk segmen gaming dan telefon pintarnya juga tidak terkecuali mengekalkan identiti dan kualiti yang sama. ASUS ROG Phone 6 Pro mempunyai skrin dengan kadar penyegaran 165Hz dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 daripada Qualcomm.

    ASUS ROG Phone 6 hadir dengan RAM LPDDR5 18GB dan storan dalaman UFS 3.1 512GB bermakna peranti ini mampu memproses dengan laju serta lancar. Selain itu, baterinya juga besar dengan kapasiti 6,000mAh menjadikannya bateri yang paling besar di kalangan telefon dalam senarai ini. Baterinya disokong pengecasan pantas 65W.

    Menariknya, pada bahagian belakang telefon ini terdapat skrin yang menunjukkan animasi tertentu, jadi jika anda inginkan telefon gaming berprestasi tinggi namun masih tidak mahu mengorbankan rekaan bergaya, ROG Phone 6 adalah pilihan terbaik. Anda boleh membaca ulasan ROG Phone 6 Pro di sini. Harga bagi ROG Phone 6 Pro ialah RM4,999.

    Xiaomi Black Shark 5 Pro

    Black Shark 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 dan dilengkapi paparan AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta kadar pensampelan sentuhan 720Hz. Panel 10-bit ini menyokong HDR10+ gamut warna DCI-P3. Terdapat dua ruang wap berukuran 4,323 mm² + 997 mm² untuk penyejukan cipset yang dipadankan dengan RAM LPDDR5 16GB serta storan 512GB.

    Ia mempunyai kapasiti bateri 4,650 mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 108MP dengan sensor 1/1.52″, kamera ultra-lebar 13 MP (120°) dan kamera makro telefoto 5MP. Ini menjadikannya telefon gaming dengan kamera yang paling besar sensor. Untuk pengetahuan, ia merupakan telefon teratas dalam carta audio DxOMark dengan 86 mata.

    "
    "

    Untuk pengguna yang mahukan ciri gaming dengan audio yang berkualiti tinggi, anda boleh meletakkan peranti ini di dalam senarai pembelian anda. Black Shark 5 ini boleh dianggap telefon gaming mampu milik berbanding telefon yang lain tetapi ia hadir dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan bukannya Snapdragon 8+ Gen 1. Ini menjadikan prestasinya mungkin perlahan sedikit. Harga bagi Black Shark 5 bermula daripada RM2,299.

    nubia Red Magic 7s Pro

    Red Magic 7S Pro dilengkapi dengan cipset cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Selain itu, ia menggunakan skrin AMOLED 6.8 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan berbilang jari 960Hz. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan hadir dengan pengecasan paling pantas di dalam senarai ini dengan kuasa 135W.

    Peranti ini juga hadir dengan sistem penyejukan berbilang dimensi 10 lapisan Redmagic ICE 10.0 bersama kipas penyejuk 20,000rpm. Spesifikasi lain termasuk pencetus bahu (shoulder triggers) dengan kadar pensampelan sentuhan 520Hz, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2.

    Jika melihat reka bentuknya mungkin ada yang berkata ia futuristik. Tetapi, sesetengah orang menganggap bahawa reka bentuknya agak melampau kerana tidak sesuai dengan gaya mereka. Harga bagi Red Magic 7S Pro bermula daripada RM3,999.

    POCO F4 GT

    POCO F4 GT menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan pensampelan sentuh 480Hz untuk tindak balas pantas. Pengecasan 120W HyperCharge yang disertakan sekali di dalam kotak mampu mengecas bateri berkapasiti 4,700mAh dalam masa 17 minit.

    Telefon ini turut menawarkan beberapa fungsi khas untuk gaming di mana ia mempunyai butang pencetus (pop-up trigger) di bahagian bucu yang boleh dikeluarkan secara magnetik. Spesifikasi lain termasuk RAM LPDDR5, storan dalaman UFS 3.1, sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0 yang mempunyai kamar wap seluas 4,860mm2 untuk pelesapan haba.

    Dengan hashtag #BaikBeliPOCO, POCO F4 GT mendapat perhatian ramai kerana ia merupakan telefon gaming dengan prestasi yang tinggi tetapi menawarkan harga yang paling murah untuk tahun ini iaitu berharga RM2,299.

    iPhone 14 Pro Max

    Walaupun Apple tidak mengutamakan ciri gaming seperti yang dilakukan oleh pembuat telefon lain, iPhone 14 Pro Max adalah telefon yang hebat untuk bermain game. Cipset A16 Bionic lebih berkuasa daripada mana-mana telefon Android yang ada di pasaran sekarang.

    Dengan skrin bersaiz 6.7 inci dan kadar segar semula 120Hz, Apple menawarkan sesi gaming pada tahap premium. Anda boleh mengekalkan gaya yang eksklusif dan dalam pada masa yang sama mempunyai kualiti dalam mengendalikan game ketika bermain. Tidak dinafikan iPhone adalah antara peranti utama yang digunakan oleh pemain profesional dalam segmen MOBA (multiplayer online battle arena).

    Namun, dalam pada Apple ingin mengekalkan ‘rasa’ premium tersebut, anda tidak akan mendapat bicu audio, palam pengecasan dan butang pencetus di mana ciri ini dapat memberikan pengalaman terbaik ketika bermain game. iPhone 14 Pro Max adalah telefon paling mahal dan paling berkuasa dengan permulaan harga RM5,799.

    Jadi, inilah senarai lima telefon gaming terbaik pada tahun 2022. Adakah anda berpuas hati dengan senarai ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured