More

    HONOR bakal lancarkan telefon yang mampu “bunuh” iPhone

    HONOR hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar baharu dengan fungsi AI inovatif dan mampu “membunuh” iPhone. HONOR menyifatkan telefon baharu itu sebagai “iPhone versi mampu milik” yang menawarkan pelbagai inovasi premium namun dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh semua.

    Menurutnya, telefon ini bakal mencabar dominasi Apple dalam pasaran telefon pintar dan menawarkan pelbagai inovasi. Dalam sebuah poster acahan, HONOR telah berkongsi rekaan telefon baharu ini secara ringkas dan ia terdiri daripada tiga varian utama.

    Bonggol kamera untuk salah satu daripada telefon ini mempunyai tiga lensa yang menyerupai bonggol kamera iPhone Pro.

    Perkara ini diumum hanya seminggu selepas HONOR Malaysia melancarkan lima peranti baharu dalam ekosistem HONOR Alpha Plan iaitu HONOR MagicBook X14, HONOR Pad X9a, HONOR Pad V9, HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open.

    Pada awal tahun ini, HONOR Malaysia telah melancarkan telefon andalan (flagship) pertama untuk pasaran tempatan iaitu HONOR Magic7 Pro. Jadi untuk telefon baharu yang diumum ini, ia mungkin dipasarkan sebagai peranti kelas pertengahan dengan fungsi yang mirip telefon andalan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon HONOR yang akan datang ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured