More

    DxOMark dedah Google Pixel 10a “bergelut” saingi Pixel 8a, Apple iPhone 15

    Google Pixel 10a mencatatkan skor keseluruhan 134 mata dalam penilaian kamera DxOMark yang meletakkannya di kedudukan ke-75 dalam ranking global. Keputusan ujian menunjukkan peningkatan prestasi peranti ini lebih didorong oleh pelarasan perisian berbanding perubahan perkakasan.

    Secara keseluruhan, spesifikasi kamera dilihat hampir sama dengan model terdahulu tanpa melibatkan naik taraf besar pada bahagian sensor. Pixel 10a mengekalkan penggunaan kamera utama 48MP f/1.7 dengan sensor bersaiz 1/2.0 inci dan ultra lebar 13MP f/2.2.

    Sebagai perbandingan, Pixel 8a merekodkan markah lebih tinggi iaitu 136 mata hasil penggunaan sensor utama 64MP yang lebih besar. Perbezaan ini menyebabkan Pixel 10a menghadapi had prestasi terutamanya apabila digunakan dalam keadaan persekitaran yang mencabar.

    Ujian dalam keadaan cahaya rendah mendapati foto dan video yang dihasilkan menunjukkan masalah hingar (noise) yang jelas. Sistem kamera juga sukar mengekalkan dedahan serta imbangan putih yang konsisten manakala tahap perincian imej menurun dengan pantas dalam pencahayaan malap.

    Selain itu, prestasi zum hanya mencatatkan 25 mata kerana bergantung sepenuhnya kepada potongan digital daripada sensor utama tanpa bantuan kanta telefoto fizikal. Kualiti rakaman video dilaporkan berada pada tahap sederhana dengan masalah pada fokus automatik ketika merakam subjek yang bergerak.

    Skor kamera Pixel 10a ini berada di bawah peranti lain seperti iPhone 15 yang mencatatkan 145 mata. Ia dilihat lebih kepada penambahbaikan kecil berbanding model sebelumnya bagi pengguna yang mementingkan aspek kamera. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured