More

    Galaxy AI mungkin akan ditawarkan kepada telefon pintar Samsung yang lebih murah

    Sewaktu teknologi kecerdasan buatan Galaxy AI diperkenalkan dalam pelancaran siri Samsung Galaxy S24 pada awal tahun ini, ia hanya akan ditawarkan dalam siri telefon andalan (flagship) Samsung sahaja seperti Galaxy S24, Galaxy S23, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

    Kini, Samsung dikhabarkan akan turut menawarkan Galaxy AI kepada dua telefon kelas pertengahan yang dilancar pada tahun ini iaitu Samsung Galaxy A35 dan Samsung Galaxy A55, namun tarikh untuk pemberian fungsi tersebut kepada dua telefon ini masih tidak diketahui.

    Galaxy AI untuk Galaxy A35 dan Galaxy A55 akan ditawarkan dalam kemas kini One UI 6.1.1 yang mungkin akan diedarkan bermula bulan ini. Sungguh pun begitu, tidak semua fungsi Galaxy AI akan diberikan kepada dua telefon kelas pertengahan tersebut.

    Jika anda tidak tahu, Galaxy AI adalah koleksi beberapa alat bantuan yang memudahkan kegunaan harian untuk pengguna serta mencipta visual yang unik. Antara alat yang ditawarkan dalam Galaxy AI termasuklah Live Translate, Chat Assist, Note Assist, Sketch to Image, Circle to Search with Google dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sammobile

     

    Artikel Terkini

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured