fbpx
More

    Lazada sumbang barang keperluan asas bernilai RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan

    Lazada Malaysia menerusi inisiatif Lazada Teman You telah menyumbangkan barangan keperluan asas bernilai lebih RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini. Antara barang yang disumbangkan termasuklah beras, makanan dalam tin, minyak masak, lampin pakai buang dan lain-lain keperluan.

    Lazada memberi sumbangan tersebut kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Pasir Puteh dan Bachok. Inisiatif ini diharap boleh membantu mereka untuk membina semula kehidupan selepas mengharungi bencana tersebut.

    Ad

    Lazada Teman You adalah kutipan derma amal yang bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia demi mengumpul dana sebanyak RM100,000 untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kelantan dan Johor. Lazada akan turut memadankan sumbangan tersebut dengan dana tambahan sebanyak RM100,000 lagi.

    Para pengguna Lazada juga dijemput untuk menderma kepada inisiatif ini yang akan berlangsung sehingga 31 Januari 2023. Untuk menderma, buka aplikasi Lazada Malaysia, taip “Lazada Teman You” di ruang carian dan anda boleh derma sebanyak RM1, RM5, RM10, RM30, RM50 atau RM100.

    Layari laman web Lazada Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Ad
     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy M54 dilancar: Exynos 1380, skrin FHD+ 6.7″ dan kamera 108MP

    Selepas melancarkan telefon pintar siri perdana Galaxy S23 beberapa bulan lalu, Samsung kini memfokuskan pada barisan pertengahan dengan melancarkan Samsung Galaxy M54....

    Sistem bayaran tol tanpa palang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat

    Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM3.46 bilion untuk pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong(MLFF) menjelang 2025 bagi mengatasi dan mengurangkan kesesakan...

    Jualan Ramadhan iQOO tawarkan iQOO 11 5G dengan harga RM3,399 dan aksesori “gaming”

    Pada 25 Mac ini, iQOO Malaysia telah mengadakan jualan istimewa bersempena Ramadhan dan hari gaji bermula 25 Mac sehingga 27 Mac ini....

    Digi perkenalkan Pas Sahur untuk pakej internet sehingga 444GB pada pukul 3-7 pagi

    Sempena bulan Ramadan, Digi memperkenalkan semula Pas Data Sahur bagi meningkatkan kuota internet untuk para pelanggan prabayar dan pascabayar pada waktu Sahur,...

    Nothing Ear (2) dilancar di Malaysia: ANC tersuai dan Sound Profile baharu berharga RM599

    Nothing telah melancarkan Nothing Ear (2) secara global dan Malaysia adalah sebahagian negara yang dilancarkan. Pra-tempah disiarkan secara langsung sekarang di Crossover dan DirectD...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X