fbpx
More

    Panduan Teknologi Hadiah Krismas TechNave 2022 untuk rakan dan keluarga anda

    Perayaan Krismas hampir tiba, anda pasti buntu memikirkan jenis alat teknologi yang sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan dan keluarga. Dalam senarai ini, kami boleh membantu anda mencari peranti yang berbaloi kerana fungsinya.

    Anda boleh lihat Panduan Teknologi Hadiah Krismas 2022 di bawah untuk sebarang idea sebagai hadiah Krismas. Mari kita mulakan.

    Untuk pengguna telefon dan tablet:

    Samsung Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition

    Pada zaman moden ini, semakin ramai orang terutamanya Generasi Z ingin padankan barangan mereka. Anda boleh pertimbangkan Samsung Galaxy Z Flip 4 Bespoke Edition kerana ia mudah disuaikan di pasaran Malaysia. Peribadikan peranti untuk rakan, keluarga atau diri anda sendiri dengan beberapa warna yang bergaya.

    Selain itu, Galaxy Z Flip 4 mudah dibawa dan dipegang. Ia juga boleh menjadi kamera cermin mudah alih untuk solekan atau vlog. Lihat artikel kami mengenai peranti ini dan cara menggunakan Mod Flex pada Galaxy Z Flip 4!

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2022)

    Galaxy Tab S6 Lite (2022) adalah tablet Samsung mampu milik dengan S Pen. Ia juga mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon yang diperbaharui serta mampu melakukan kebanyakan tugas harian dan sosial dengan baik. Ia berharga RM1,249 di laman web Samsung Malaysia atau anda hanya menambah RM300 untuk varian LTE.

    Untuk Gamers:

    Lenovo Legion 5 Pro

    Daripada kesemua alat teknologi yang saya gunakan tahun ini, saya amat menggemari Lenovo Legion 5 Pro, komputer riba gaming mewah yang boleh mengendalikan game AAA secara grafik. Ia juga mempunyai pencahayaan RGB yang halus pada papan kekunci, pengudaraan haba yang baik dan lokasi port yang strategik untuk pengurusan kabel yang lebih baik. Namun, harganya agak mahal disebabkan oleh inflasi dan kekurangan cip pada RM8,299. Jadi dengan ini, anda boleh memilih model Lenovo Legion 5 Pro 2021 kerana ia masih hebat pada harga RM6,384 yang lebih mampu milik.

    Steam Deck

    Walaupun selepas dua tahun, PlayStation 5 masih sukar didapati. Oleh itu, terdapat alternatif lain yang lebih baik iaitu Steam Deck pada harga RM3,389 (256GB) di Shopee. ia lebih mahal daripada PS5 tetapi game di Steam adalah murah dan prestasi perkakasannya agak mengagumkan. Ini menjadikannya ia lebih berbaloi daripada Nintendo Switch yang masih tidak menyokong mata wang kami untuk game Switch.

    Steam mempunyai banyak permainan indie dan AAA untuk anda beli dan main termasuk game eksklusif PS seperti God of War, Spider-Man, Death Stranding, Final Fantasy VII, Uncharted: Legacy of Thieves dan banyak lagi. Dua lagi permainan PS5 iaitu Return dan The Last of Us Part 1 juga akan datang ke Steam pada tahun depan.

    Set kepala VR PICO 4

    Kami juga mengesyorkan set kepala VR PICO 4 kerana ia agak berpatutan untuk set kepala VR. Selain itu, ia sesuai untuk pengguna baharu untuk mula memasuki dunia VR. Memandangkan VR semakin popular dan terdapat banyak perkhidmatan penstriman game/filem, inilah masa terbaik untuk menikmatinya. PICO 4 sangat sesuai untuk kebanyakan orang, walaupun anda bukan seorang gamer. Anda boleh menikmati pakej Krismas istimewa pada harga RM1,599 dengan empat game VR tambahan.

    Gulikit King Kong 2 Pro

    Gulikit King Kong 2 Pro adalah pilihan yang mantap jika anda mencari konsol gaming mampu milik. Serasi dengan Windows, macOS, Nintendo Switch, iOS dan Android, ini adalah alternatif yang lebih murah daripada Nintendo Switch Pro atau Xbox One X Controller. Konsol ini tidak mendapat joystick walaupun dalam jangka masa panjang kerana batang ibu jari magnet dan butangnya mempunyai jangka hayat 50 juta tolakan. Anda boleh ketahui lebih lanjut di sini di Shopee.

    Untuk peminat kecergasan:

    AMAZFIT GTS 4 mini

    Untuk jam tangan pintar dengan harga kurang daripada RM400, AMAZFIT GTS 4 mini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Walaupun ia berfungsi seperti kebanyakan jam tangan pintar yang lain, ia boleh disambungkan ke setiap telefon pintar dan mempunyai hayat bateri selama 15 hari. Anda boleh klik di dini untuk tahu lebih lanjut. 

    Jenis audio atau pembesar suara:

    Nothing Ear (1)

    Terdapat banyak produk audio boleh pakai yang dikeluarkan oleh jenama telefon. Walaupun ia boleh disambungkan kepada kedua-dua iOS dan Android, beberapa fungsi akan dikunci jika ia bukan daripada jenama yang sama. Namun, ini tidak berlaku pada Nothing Ear (1). Anda boleh menikmati prestasi bunyi yang mencukupi dengan Pembatalan Bunyi Aktif (ANC) pada semua jenis peranti.

    Atas sebab tertentu, Nothing Ear (1) tidak disenaraikan di kedai rasmi Nothing di Lazada dan Shopee. Tetapi anda masih boleh mencarinya di kedai pihak ketiga yang lain di Shopee pada harga RM499. Harganya agak berpatutan berbanding kebanyakan fon telinga berjenama lain di luar sana.

    Pembesar Suara TV Redmi

    Jika anda tidak mahu berbelanja terlalu banyak pada soundbar TV, maka Pembesar Suara TV Redmi cukup bagus jika anda inginkan persediaan asas. Dengan harga lebih RM100 sahaja, ia mempunyai prestasi bunyi yang baik yang menawarkan kesan seperti teater, reka bentuk ringkas, boleh dipasang pada dinding/ PC dan sambungan berwayar atau wayarles.

    Untuk pengguna rumah pintar:

    Xiaomi Mi Smart Air Purifier 4 Compact

    Daripada segi peranti rumah pintar, Xiaomi Mi Smart Air Purifier 4 Compact adalah salah satu pilihan jika anda mencari pembersih udara kompak. Pada RM459, ia mempunyai tahap hingar 20db yang rendah, penggunaan tenaga yang rendah dan penunjuk paparan kualiti udara. Anda juga boleh memantau kualiti udara dan menetapkan masa dalam aplikasi Mi Home dengan mudah.

    Xiaomi Mi Robot Vacuum Mop Essential G1

    Bagi yang tidak sempat membersihkan rumah atau pejabat, anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Robot Vacuum Mop Essential G1 yang boleh menyedut habuk (vakum) dan mop lantai serentak. Mi Robot boleh membantu membersihkan lantai sementara anda menghabiskan lebih banyak masa untuk perkara lain. Ia berharga bawah RM900 tetapi anda mungkin angin dapatkannya sekarang pada harga diskaun RM599.

    Bagi mereka yang memerlukan aksesori teknologi:

    Dyson Supersonic

    Sesuatu untuk para wanita, Dyson Supersonic agak mahal berharga RM2,299 agak mahal tetapi ia berkualiti dan bernilai untuk penggunaan jangka panjang. Pengering rambut juga ringan dan elegan memberikan anda keselesaan walaupun lama digunakan. Daripada segi ciri, ia menawarkan aliran udara berkelajuan tinggi untuk kering dengan cepat tanpa merosakkan rambut anda daripada haba melampau dan mempunyai lampiran penggayaan magnet yang berbeza.

    Dashcam Rearview 70mai

    Memandangkan kebanyakan kereta sudah kembali ke jalan raya, mempunyai kamera pemuka (dashcam) yang baik diperlukan untuk memandu di sekitar bandar seperti KL dan Selangor. Dashcam Rearview 70mai adalah kamera pemuka 3-dalam-1 dengan paparan skrin lebar yang boleh merakam bahagian hadapan dan belakang pada masa yang sama. Kamera juga boleh merakam dalam HD dan kelihatan jelas pada waktu malam. Anda boleh menggunakannya sebagai kamera undur yang merupakan suatu ciri bonus bagi kereta tanpa kamera undur.

    Dashcam Rearview 70mai mudah dipasang (sendiri) tanpa sebarang lampiran gam. Ia disertakan dengan aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mengawalnya dan perlu dinyatakan bahawa kamera mempunyai rating kalis air. Anda boleh menyemaknya dengan lebih lanjut di sini kerana ia sedang dalam promosi sekarang dengan harga di bawah RM400.

    Anker A1611 622 Bateri Magnet

    Pendirian bank kuasa hibrid Anker A1611 ini adalah alternatif yang baik untuk iPhone yang menyokong pengecasan MagSafe. Ia menyokong USB-C untuk kedua-dua input dan output dan boleh digunakan sebagai pendiri. Ia merupakan bank kuasa MagSafe yang lebih baik daripada Apple pada harga RM299. Anda boleh dapatkannya pada harga diskaun RM179.

    ULANZI CapGrip

    Orang ramai lebih gemar menggunakan telefon mereka untuk mengambil foto dan video. Untuk memudahkannya, kami mengesyorkan ULANZI CapGrip untuk cengkaman yang selesa. Aksesori ini serasi dengan sistem iOS dan Android, jadi anda tidak perlu risau tentang itu. Ia murah, kecil, mudah alih dan menyokong penangkapan jarak jauh juga.

    Kain Penggilap Apple

    Barangan ini mungkin tidak masuk akal. Walaupun bukan peranti, Kain Penggilap Apple adalah kain berkualiti tinggi yang anda tidak sangka anda perlukan. Ia berharga RM99 tetapi kain penggilap ini boleh membersihkan hampir semua jenis panel skrin dengan lancar.

    Jadi, begitulah senarai Krismas dari kami mengenai panduan hadiah berteknologi tinggi untuk rakan dan keluarga anda. Jika anda mempunyai sebarang alat teknologi lain untuk disyorkan, sila letakkan cadangan anda dalam ulasan di bawah dan terima kasih kerana membaca.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X