More

    realme akan perkenalkan teknologi cas pantas 320W pada 14 Ogos 2024

    Pada minggu lalu, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan teknologi pengecasan pantas baharu pada 14 Ogos 2024 yang bakal menawarkan kadar pengecasan terpantas dalam telefon pintar, namun kadarnya tidak diumumkan secara rasmi.

    Kini, realme mengesahkan bahawa kadar pengecasan yang akan diperkenalkan adalah 320W SuperSonic Charge, lebih tinggi berbanding 300W yang dikhabarkan sebelum ini. Ia bakal dilancarkan di Shenzhen, China pada 14 Ogos.

    Sebelum ini, terdapat sebuah video pendek yang menunjukkan demonstrasi kadar pengecasan tersebut, di mana ia boleh mengecas sebuah telefon daripada 0% hingga 17% dalam masa 35 saat sahaja. Walaupun demikian, waktu untuk mengecas penuh telefon tersebut serta kapasiti baterinya tidak didedahkan dalam video itu.

    Telefon realme dengan pengecasan pantas setakat ini, realme GT3, mempunyai kadar pengecasan 240W yang boleh mengecas penuh baterinya dalam masa 12 minit sahaja. Dengan kadar pengecasn 320W yang akan dilancar kelak, kita boleh jangkakan tempoh tersebut untuk dipendekkan lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi pengecasan terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured