More

    Siri Samsung Galaxy S25 telefon bukan Pixel pertama dengan langganan Gemini Advanced percuma

    Siri Samsung Galaxy S25 yang baru dilancar pada awal hari ini menampilkan pelbagai fungsi kecerdasan buatan Galaxy AI baharu yang lebih peribadi, seperti Personal Data Engine dan Now Brief untuk paparkan kandungan yang unik untuk setiap pengguna, serta pembaharuan dalam Call Transcript, Writing Assist, Circle to Search dan banyak lagi.

    Untuk menawarkan kemudahan AI yang luas kepada para pengguna, setiap pelanggan yang membeli mana-mana varian Galaxy S25 akan menerima langganan percuma untuk Gemini Advanced selama enam bulan. Ini menjadikan Galaxy S25 telefon pertama yang menawarkan langganan Gemini Advanced secara percuma, selain daripada siri Google Pixel 9.

    Sebelum ini, Google menawarkan langganan Gemini Advanced selama setahun kepada pelanggan yang mendapatkan mana-mana varian Pixel 9.

    Jika anda tidak tahu, Gemini merupakan perkhidmatan pembantu maya berdasarkan AI generatif dengan sokongan model bahasa besar (LLM) yang bukan sahaja boleh bantu anda dalam tugasan harian, malah cipta teks, gambar, audio dan kod. Dengan Gemini, anda boleh berbual dengannya seperti manusia biasa dan ia akan memahami kebanyakan arahan anda.

    Dengan Gemini Advanced, ia menggunakan model AI yang tercanggih oleh Google untuk pemprosesan yang lebih banyak, seperti menganalisis dokumen sepanjang 1,500 muka surat dan menghasilkan rumusan, menganalisis data besar, cipta Gems untuk tangani tugas-tugas kompleks, buat Deep Research untuk kajian mendalam dan banyak lagi.

    Untuk pasaran Malaysia, Gemini Advanced perlu dilanggan pada harga RM97.99 sebulan. Memandangkan anda boleh dapatkan langganan percuma selama enam bulan dengan Galaxy S25, ini pastinya adalah tawaran yang berbaloi jika anda kerap menggunakan perkhidmatan AI generatif.

    Selain itu, pelanggan Galaxy S25 juga akan menerima storan awanan Google Cloud sebanyak 2TB secara percuma yang boleh digunakan selama enam bulan.

    Beritahu kami di Facebook jika ini menarik minat anda terhadap Galaxy S25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured