More

    Tiga peranti Xiaomi bakal hadir dengan cipset SD865, kamera 108MP, pengecasan pantas 66W

    Xiaomi yang terkenal sebagai pelopor tetapan kamera 108MP kini bakal mengeluarkan tiga peranti pada tahun ini. Hal ini terbukti apabila pasukan XDA-Developers menemui fail build.prop yang bernama “umi” dan “cmi”.

    Fail bernama “umi” dan “cmi” tersebut merujuk kepada Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro. “imi” yang dipercayai merupakan Redmi K30 Pro pula bakal dikuasai cipset Snapdragon 865 dengan pengekalan tetapan kamera 64MP. Tidak lupa juga kepada POCO X2 yang dikatakan seperti pelanduk dua serupa dengan Redmi K30 yang bakal dilancarkan juga pada tahun ini.

    Berbalik kepada Xiaomi Mi 10 Pro, secara rasminya peranti ini bakal dikuasai cipset Snapdragon 865 dengan pengecasan pantas 66W, kadar segar semula 120Hz dan RAM 16GB. Apa pun, versi bukan Pro dikatakan memiliki perbezaan pada aspek pengecasan.

    Terdahulu, Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro masih hangat di pasaran. Apa pun, nantikan liputan pelancaran Mi 10 yang dijangkakan pada minggu hadapan. Teruskan bersama kami untuk tarikh pelancaran dan harga rasminya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Anda ada berminat untuk menyambar salah satu peranti Xiaomi yang bakal hadir ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured