More

    WIKO Hi Enjoy 60 Pro dilancar: SD 695, skrin 6.67″ 120Hz dan kamera 64MP bermula ~RM1,160

    WIKO baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar Hi Enjoy 60 Pro. Sorotan utama peranti ialah kamera 64MP, paparan 120Hz dan pengecasan 66W. Reka bentuk peranti ini mewah dan anggun menampilkan kombinasi warna hitam dan emas serta badan belakang yang dibuat melalui proses penyaduran dua lapisan.

    Telefon ini tersedia dalam tiga warna iaitu Galaxy Blue, Frost Silver dan Yaojin Black. Paparan 6.67 inci menyediakan nisbah skrin-ke-badan 94.7% menjadikan bezelnya ultra nipis, menyokong gamut warna lebar peringkat filem DCI-P3 dan mod perlindungan mata pintar empat kali ganda.

    Sistem kamera WIKO Hi Enjoy 60 Pro terdiri daripada kamera utama 64MP, lensa sudut ultra lebar 112 darjah dan makro 4cm. Di hadapan, ia menawarkan kamera swafoto 16MP dengan sudut lebar 90 darjah dan algoritma kecantikan AI. Telefon ini menyokong ciri AI untuk pelbagai mod fotografi termasuk mod malam super dan pembetulan herotan (distortion).

    Telefon pintar ini dikuasakan oleh bateri 4,300mAh dengan pengecas 66W membolehkan cas semula 60% dalam masa 17 minit sahaja dan cas semula penuh dalam 38 minit. Dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 695 6nm, telefon pintar 5G ini berjalan pada sistem pengendalian HarmonyOS daripada HUAWEI.

    Hi Enjoy 60 Pro didatangkan dalam dua varian iaitu 8/128GB dan 8/256GB, masing-masing dijual pada harga 1799 yuan (~RM1,160) dan 1999 yuan (~RM1,290). Sebelum ini, kami telah berkongsi pengalaman dalam ulasan menggunakan peranti WIKO seperti WIKO 10, WIKO T50 dan WIKO Power U20. Anda boleh membaca ulasan kami jika berkelapangan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WIKO Hi Enjoy 60 Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured