fbpx
More

    Adakah telefon sekitar RM1000 ada spesifikasi andalan seperti AMOLED 120Hz pada 2021?

    Semakin maju teknologi, semakin besar permintaan dari pengguna terhadap gajet keperluan termasuklah telefon pintar. Begitulah agaknya hipotesis ringkas yang boleh dirumuskan pada ketika ini. Sehingga kini, jenama telefon pintar dilihat berlumba-lumba untuk mengeluarkan peranti dengan harga berpatutan, tetapi bersama spesifikasi yang baik.

    Telefon pintar murah dan berpatutan disini merujuk kepada telefon yang berharga sekitar RM1000 ke bawah. Kita sudah dapat melihat beberapa keluaran telefon pintar dalam lingkungan harga sedemikian pada tahun ini, yang hadir dengan spesifikasi tinggi. Contohnya spesifikasi skrin tinggi, sokongan cas pantas dan bilangan lensa kamera utama. Persoalannya, adakah telefon pintar dalam lingkungan harga ini bakal memiliki spesifikasi atau ciri andalan lebih daripada apa yang sudah ada sekarang pada tahun 2021?

    Spesifikasi andalan semakin meningkat

    Setiap tahun, terdapat beberapa trend yang kita boleh dapati dalam industri telefon pintar. Contohnya, trend telefon pintar pada tahun ini adalah skrin AMOLED atau kadar segar semula tinggi. Kesemua telefon pintar kelas andalan sudah memiliki skrin AMOLED atau kadar segar semula tinggi pada tahun 2020 ini. Tidak cukup dengan itu, telefon pintar kelas pertengahan turut mencuba mengeluarkan telefon dengan skrin AMOLED atau kadar segar semula tinggi. Dengan ini, kita sendiri dapat melihat spesifikasi yang ada pada telefon andalan sedikit sebanyak cuba diletakkan pada telefon kelas pertengahan tahun ini.

    Melihat kepada spesifikasi andalan yang semakin meningkat pula, pastinya tahun 2021 bakal menyaksikan kamera yang lebih besar kemampuannya, mungkin melangkaui kemampuan kamera 108MP pada tahun ini. Pastinya, sisa baki teknologi andalan yang lepas akan cuba dimuatkan pula ke dalam telefon pintar yang lebih murah. Berdasarkan maklumat di atas, pastinya beberapa spesifikasi andalan pada tahun ini akan beralih kepada telefon murah pada tahun 2021.

    Gambar hiasan

    Contohnya, tahun ini sudah menyaksikan telefon di bawah RM1,000 dengan spesifikasi 90Hz, jadi tidak mustahil jika telefon bawah RM1,000 bakal hadir dengan skrin AMOLED pada tahun hadapan.
    Spesifikasi andalan yang semakin meningkat, contohnya skrin 144Hz atau sokongan cas pantas lebih laju pada tahun hadapan secara automatik akan menjadikan spesifikasi andalan yang sudah wujud berpindah kepada telefon dengan harga berpatutan.

    Trend permintaan pengguna

    Pengeluaran telefon pintar adalah berasaskan keperluan dan permintaan pengguna. Jika pada tahun 2020, pengguna sudah merasa nikmat 90Hz atau spesifikasi andalan lain, pastinya kita sebagai pengguna akan menyuarakan permintaan yang lebih tinggi seperti mahukan skrin AMOLED 90Hz pada harga di bawah RM1000.

    Anda boleh lihat sendiri situasi di mana sebenarnya sudah terdapat beberapa peranti dengan skrin AMOLED 60Hz pada tahun ini yang berharga di bawah RM1,000, seperti siri Samsung Galaxy A. Jadi, tidak mustahil jika peranti dengan skrin AMOLED ini bakal hadir bersama spesifikasi andalan lain sebagai satu pakej lengkap dalam sebuah telefon pintar dengan harga berpatutan.

    Gambar hiasan

    Berdasarkan faktor spesifikasi andalan dan permintaan pengguna yang semakin meningkat, sebenarnya tidak mustahil jika pasaran Malaysia bakal menyaksikan kehadiran telefon pintar murah dengan beberapa spesifikasi andalan kerana ia sudah mula memperlihatkan tanda awal.

    Kehadiran peranti seperti siri realme narzo 20 dan beberapa peranti lain dengan pengecasan pantas sehingga 65W; atau peranti seperti Redmi Note 9 Pro 5G yang hadir dengan kamera 108MP adalah bukti awal kewujudan peranti murah dengan spesifikasi andalan. Telefon murah dengan spesifikasi andalan disini bukan bermaksud ianya bertahap andalan dari segi semua spesifikasi, tetapi mungkin beberapa spesifikasi sahaja. Peranti murah tahun ini telah hadir dengan spesifikasi tinggi, jadi mungkin kita boleh menjangkakan lebih banyak spesifikasi andalan atau tinggi dalam sebuah telefon murah pada tahun 2021.

    POCO X3 NFC antara telefon murah dengan beberapa spesifikasi andalan pada tahun ini

    Apa pun, mungkin tidak semua jenama mampu menghasilkan satu peranti murah dengan beberapa spesifikasi tinggi. Biasanya, jenama telefon pintar akan menghasilkan peranti yang cukup dengan tidak lebih dari dua spesifikasi andalan. Contohnya, jika sudah ada kadar cas pantas tinggi, kameranya adalah berspesifikasi rendah. Jika sudah ada skrin AMOLED, tiada lagi kadar segar semula 90Hz.

    Namun, mungkin teknologi yang lebih maju dan spesifikasi andalan yang lebih tinggi tahun hadapan akan memungkinkan telefon pintar murah tahun 2021 untuk memiliki lebih spesifikasi andalan. Perlu diingatkan kesemua yang dinyatakan adalah pandangan awal dari kami sahaja. Apakah pendapat anda pula mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak artikel lepas mengenai trend kadar segar semula tinggi dan skrin AMOLED. Baca juga mengenai kesalahan syarikat telefon pintar dan tips untuk elak melakukan kesilapan dalam membeli telefon pintar.

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X