More

    Anda perlu tahu semua ini sebelum beli siri iPhone 12 yang sudah mula dijual!

    Jika anda sebelum ini sudah terlepas atau tidak membuat pra-tempahan siri iPhone 12 pada minggu lepas, kini anda sudah boleh mula membelinya bermula hari ini. Sebagai peringatan mesra, kesemua empat model iPhone 12; iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kini sedia dijual di Malaysia. Malaysia juga antara salah sebuah negara yang sedia menjual keempat-empat model sekaligus.

    Menambah kepada peringatan mesra, siri iPhone 12 kali ini tidak disertakan bersama pengecas, hanya kabel USB C ke Lightning. Pengecas USB C jenama Apple berharga RM99 dan ianya agak mahal, namun kami telah menyenaraikan beberapa pengecas jenama lain yang lebih murah. Jika anda tidak pasti untuk membeli model iPhone 12 yang mana, anda boleh membaca mengenai siri iPhone 12 manakah yang sesuai untuk anda.

    MagSafe, Leather Wallet dan pelindung silikon baharu dengan MagSafe boleh didapati di laman web Apple Malaysia bermula dengan harga RM179

    Selain dari laman web Apple Malaysia, anda boleh membelinya daripada telko tempatan. Tempoh pra-tempah mungkin telah tamat, tetapan pelan yang ditawarkan lebih kurang sama sahaja. Jadi, anda boleh melihat perbandingan pelan siri iPhone 12 dari Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Anda juga boleh mendapat diskaun sehingga RM400 jika anda membelinya melalui Shopee dan tambahan diskaun RM50 untuk aksesori.

    Oleh kerana terdapat beberapa iPhone generasi terdahulu yang sudah turun harganya termasuklah iPhone 11, anda mungkin ingin melihat apakah perbezaan utama di antara iPhone 11 dan iPhone 12. Setelah anda membeli siri iPhone 12, anda perlu menjangkakan tarikh penghantarannya iaitu bermula sekitar 19 November untuk iPhone 12 mini dan iPhone 12, manakala bermula sekitar 26 November untuk iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

    iPhone 12 miniiPhone 12iPhone 12 ProiPhone 12 Pro Max
    RM3399 (64GB)RM3899 (64GB)RM4899 (128GB)RM5299 (128GB)
    RM3599 (128GB)RM4099 (128GB)RM5399 (256GB)RM5799 (256GB)
    RM4099 (256GB)RM4599 (256GB)RM6299 (512GB)RM6699 (512GB)

    Anda boleh berkongsi artikel ini dengan rakan atau ahli keluarga yang ingin membeli siri iPhone 12. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured