More

    realme tutup tirai 2025 dengan 300 juta pengguna global dan kejayaan rekod dunia

    realme mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia dengan menamatkan tahun 2025 melalui pelbagai pencapaian dan inovasi teknologi. Berpandukan falsafah “Make it Real”, realme telah berjaya mencapai angka 300 juta pengguna global pada Ogos 2025 sempena ulang tahun ke-7 yang mencatatkan penambahan sebanyak 100 juta pengguna dalam tempoh hanya dua tahun.

    Di pasaran Malaysia, realme merekodkan sebanyak 4.6 juta jumlah pengguna sejak mula memasuki pasaran tempatan pada tahun 2018. Dalam segmen mercu, realme GT 8 Pro yang dilancarkan pada November hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan bateri 7,000mAh Titan. Peranti ini memperkenalkan sistem fotografi RICOH GR pertama di dunia melalui kerjasama empat tahun bersama Ricoh Imaging.

    Menariknya, realme juga dilantik sebagai Rakan Pengimejan Rasmi Lembaga Pelancongan Sabah bagi kempen “Explore the Beauty of Sabah”. Seterusnya, siri realme 15 Pro yang digelar sebagai “Ultimate AI Party Phone” menawarkan ciri AI inovatif seperti AI Party Mode dan AI Edit Genie untuk pengalaman fotografi yang dinamik.

    Siri ini turut mencetuskan fenomena melalui kolaborasi eksklusif Game of Thrones Limited Edition dengan kerjasama Warner Bros. dan HBO yang terhad kepada 5,000 unit di seluruh dunia. Bagi siri mampu milik, realme C85 berjaya memenangi gelaran Guinness World Records™ melalui ujian kalis air telefon bimbit serentak paling ramai melibatkan 280 peserta di Jakarta.

    Peranti ini dilengkapi standard perlindungan IP69 Pro yang mampu menahan 36 jenis cecair serta suhu ekstrem selain memiliki daya tahan hentakan gred tentera MIL-STD-810H. Selain itu, realme terus memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui kerjasama strategik bersama Aston Martin serta menjadi rakan rasmi bagi kejohanan Mobile Legends: Bang Bang M7 World Championship.

    Melangkah ke tahun 2026, realme komited untuk mencapai tahap pertumbuhan yang lebih tinggi dengan memperkukuh keyakinan pasaran dan memacu inovasi yang lebih berani untuk pengguna muda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...