More

    Kompilasi pelancaran telefon pintar di Malaysia pada Jun & Julai 2024: Lebih banyak telefon dengan AI!

    Sepanjang dua bulan lau, pelbagai model telefon pintar dilancar dalam pasaran Malaysia daripada pelbagai jenama seperti Infinix, realme, Xiaomi, vivo, POCO, HONOR dan banyak lagi. Telefon paling menarik pastinya adalah dua telefon lipat baharu daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6 yang kini dilengkapi teknologi kecerdasan buatan Galaxy AI seperti siri Samsung Galaxy S24.

    Satu lagi peranti menarik ialah telefon pertama daripada jenama CMF iaitu CMF Phone 1. Jika anda tidak tahu, CMF adalah jenama di bawah naungan Nothing yang dikhaskan untuk peranti mampu milik. Nampaknya selain daripada Nothing Phone (2a), Nothing cuba memasuki pasaran telefon mampu milik dengan CMF Phone 1 dan nampaknya tidak fokus pada jenama kategori mahal sahaja.

    Ayuh lihat senarai telefon yang dilancar sepanjang dua bulan lalu:

    Infinix NOTE 40 5G

    • Tarikh pelancaran: 5 Jun 2024
    • Harga bermula: RM1,299
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    realme C63

    • Tarikh pelancaran: 5 Jun 2024
    • Harga bermula: RM599
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Redmi 13

    • Tarikh pelancaran: 7 Jun 2024
    • Harga bermula: RM699
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    vivo Y100 5G (Orange Leather)

    • Tarikh pelancaran: 10 Jun 2024
    • Harga bermula: RM1,199
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    POCO M6

    • Tarikh pelancaran: 13 Jun 2024
    • Harga bermula: RM699
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    nubia Music

    • Tarikh pelancaran: 13 Jun 2024
    • Harga bermula: RM389
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Infinix NOTE 40 Series BMW Racing Edition

    • Tarikh pelancaran: 19 Jun 2024
    • Harga bermula: RM1,098 (Note 40 Pro 5G), RM1,299 (Note 50 5G)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Siri HONOR 200 5G

    • Tarikh pelancaran: 19 Jun 2024
    • Harga bermula: RM1,899 (HONOR 200), RM2,699 (HONOR 200 Pro)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    realme GT 6

    • Tarikh pelancaran: 20 Jun 2024
    • Harga bermula: RM2,599
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    nubia Focus 5G

    • Tarikh pelancaran: 27 Jun 2024
    • Harga bermula: RM799
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Siri OPPO Reno12 5G

    • Tarikh pelancaran: 27 Jun 2024
    • Harga bermula: RM2,199 (Reno12), RM2,599 (Reno12 Pro)
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    vivo Y28s 5G

    • Tarikh pelancaran: 2 Julai 2024
    • Harga bermula: RM799
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    realme C65

    • Tarikh pelancaran: 4 Julai 2024
    • Harga bermula: RM699
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    CMF Phone 1

    • Tarikh pelancaran: 8 Julai 2024
    • Harga bermula: RM1,099
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Samsung Galaxy Z Fold6

    • Tarikh pelancaran: 10 Julai 2024
    • Harga bermula: RM7,299
    • Kategori: Telefon lipat andalan (flagship)
    • Artikel pelancaran

    Samsung Galaxy Z Flip6

    • Tarikh pelancaran: 10 Julai 2024
    • Harga bermula: RM4,999
    • Kategori: Telefon lipat andalan
    • Artikel pelancaran

    OPPO A3 Pro

    • Tarikh pelancaran: 11 Julai 2024
    • Harga bermula: RM1,099
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    OPPO Reno12 F 5G

    • Tarikh pelancaran: 12 Julai 2024
    • Harga bermula: RM1,399
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    OnePlus Nord CE4 Lite 5G

    • Tarikh pelancaran: 22 Julai 2024
    • Harga bermula: RM1,399
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    REDMAGIC 9S Pro

    • Tarikh pelancaran: 22 Julai 2024
    • Harga bermula: RM3,699
    • Kategori: Andalan gaming
    • Artikel pelancaran

    nubia Flip 5G

    • Tarikh pelancaran: 25 Julai 2024 (dilancar semula untuk set Malaysia)
    • Harga bermula: RM2,499
    • Kategori: Telefon lipat kelas pertengahan
    • Artikel pelancaran

    HONOR 200 Lite 5G

    • Tarikh pelancaran: 26 Julai 2024
    • Harga bermula: RM1,299
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    nubia Z60 Ultra Leading Version

    • Tarikh pelancaran: 31 Julai 2024
    • Harga bermula: RM3,499
    • Kategori: Andalan gaming
    • Artikel pelancaran

    nubia Z60S Pro

    • Tarikh pelancaran: 31 Julai 2024
    • Harga bermula: RM2,999
    • Kategori: Andalan gaming
    • Artikel pelancaran

    Telefon manakah yang menarik minat anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...